Monday, January 31, 2011

Pantun Budi

Petang-petang begini, mood nak keja dah tiada, maklumlah nak balik kampung esok. Nak cuti seminggu sempena Hari Wilayah & CNY. Semoga selamat perjalananku. Amin.. Petang-petang nie best gak kalau berpantunkan... ada 2, 3 rangkap pantun untuk semua..



Sayang-sayang buah kepayang,
     Dimakan mabuk dibuang sayang;
Tuan laksana kayu gerenang,
     Di sini tempat bergurau sayang.

Pergi seberang naik perahu,
     Perahu berisi jerami padi;
Cinta adik abang tak tahu,
     Cinta adik sampai ke mati.

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.
 
  Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan.