Monday, June 27, 2011

Aduh….. Camner boleh tak perasan nie

Bila sorang-sorang tetiba aku teringat plak masa aku sekolah rendah. Bukan citer pasal pelajaran ataupun cikgu ngan ngajar, tetapi pasal ………
Citer dia camnie, masa aku darjah 6. Aku g sekolah naik basikal besar, tapi bukan basikal galang (yang ada besi palang/galang antara seat dengan handle) Basikal tue bukan aku yang punya, tapi arwah tokwan aku yang punya (tokwan sebelah ayah). Aku selalu pinjam sebab aku tak dak basikal sendiri. Hehe. Rumah tokwan aku sebelah rumah aku jer. Basikal tue cantik dan bersih sebab tokwan aku rajin lap lepas guna dan simpan dalam rumah. Satu hari tue aku dah lambat nak ke sekolah, so aku ambil basikal arwah tokwan aku dan terus kayuh tak hengat sampai sekolah aku iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak. Jaraknya lebih kurang satu kilometre jer.
Basikal Galang
Lepas parking kat koridor belakang sekolah, aku terus masuk kelas. Kelas aras bawah jer, paling tinggi aras satu.. Hehehe. Semput sikit sebab rushing nak sampai sekolah. Aku tak taula plak berapa km/j aku bawa sebab basikal tak der meter lagi. Kelas aritu tue pun berjalan seperti biasa. Dah habis kelas aritue, aku pun balik, g ke basikal. Time tue dah waktu santai, so aku pun relax sambil jalan lenggang kangkung. Bila sampai kat basikal aku, aku terdiam sebab nampak sesuatu kat depan dekat dengan tali break. Dalam hati aku, alamak, camner boleh terbawa benda nie, elok jer dia duk kat situ terikat. Ah, nie mesti tokwan aku lupa nak keluarkan nie. Tiba-tiba kawan aku kat sebelah (yang nak ambil basikal dia) tegur aku, “Hai, p bendang ka semalam” sambil senyum sengih kat aku. Aku pun buat-buat la senyum simpul. Kawan-kawan lain yang dekat situ pun sengih-sengih kat aku. Dalam hati, adui malunya. Napelah aku boleh tak perasan sepanjang aku kayuh tadi yang aku dah terbawa pisau pengerat padi p sekolah. Huhuu…

Thursday, June 23, 2011

Aku pernah ke bendang K….

Macam poyo jer tajuk nie..Tapi suka hati akulah, aku punyer blog. Suka hatilah nak tulis apakan..hehe (biarlah tak dak orang baca pun, huhu). Sebenarnya aku tak puas hati dengan *mr* masa makan pizza kat Alamanda dua hari lepas (dengan 4 member opis lain). Bukannya apa, dia pandang aku muka tak puas hati ja bila aku cakap aku pernah g bendang. Pegi bendang tue maksudnya buat keja kat bendangla. Bukan pegi tengok bendang. Yang tue semua orang besa tengok.

Tapi citer nie dah lamala, masa darjah 6 kalau tak silap aku. Maklumlah, mak abah aku orang bendang. Kat surat beranak pun ada tulis (pekerjaan bapa-BENDANG) so memang confem aku orang kampong yang duk kat bendang (tapi rumah aku depan jalan raya, bukan depan bendang, huhu). Tapi seingat aku tak pernah pulak g bendang ngan mak abah aku tolong diorang, sebaliknya aku tolong tok & tokwan aku ja, sebelah mak (mungkin diorang dah veteran, hehe).
Aku pernah menarik anak benih yang dah tersusun cantik atas plastic biru dalam bendang yang penuh ayaq dengan maksu aku, yelah masa menanamkan bendang penuh ayaq, la nie padi tabuq ja. Dulu susah, kena tanam anak-anak benih padi guna kuku kambing (bukan amik kambing punya kuku k). Siap lari-lari lagi tarik plastic biru. Best ooo. Sebabnya maksu cakap boleh lari laju atas darat kalau lari laju dalam ayaq. Aku pun tak tahu teori nie betul ke tak. Tapi tryla lari dalam bendang yang penuh selut. Hahaha.. Silap-silap nak jalan pun susah. Masa menanam ni, aku tolong maksu aku dekat sebelah umah tokwan aku jer dekat Parit Hj. Said.
Pastu hari minggu yang lainnya aku tolong plak tok wan aku dekat Sangyak (entah betul ke tak ejaan dia) atas Kg. Pandak Puteh, Kuala Kurau. Hehe, kat sini aku tolong kerat padi guna pisau pengerat (dulu mesin padi belum adala). Kat Sangyak nie best sebab angin asyik bertiup jer. So, mesti tak ramai ada pengalaman macam nie kan. Seronoknya bila teringat balik kenangan masa tue. Pastue berenti minum ayaq kopi dan biskut 4 segi sambil menghirup udara yang nyaman dan menyegarkan. Sekarang nie udara dah tercemar. Dah tak bersih sangat macam 20 tahun dulu.

Lepas pada tue ada satu citer yang buat aku rasa serik dan sentiasa bagi alasan untuk tak turun ke bendang lagi. Sebabnya adalah bila satu hari tue, masa jalan kat batas tepi parit bendang (bukan batas bendang) dekat Jalan Bobby, Parit Abas (bukan ada citer Bobby Hindustan jer k, hehe) aku jalan pijak rumput tepi batas tue sambil sembang-sembang dengan maksue aku sebelum turun ke bendang.
Tiba-tiba aku rasa semacam jer kat kaki aku, sejuk-sejuk n trasa ada benda. Bila pandang jer kakiku, Ya Allah banyaknya pacat beribu-ribu lemon. Rupa-rupanya aku dah terpijak sarang si pacat. Yang kecik, yang besar, yang sedang semuanya ada. Aku rasa ada nenek, tokwan, anak, menantu, cucu, cicit, jiran-jiran tetangga pacat kot yang dok memanjat kakiku. Huhu.. Aku pun terus jerit tak hengat, geli giler. Aku jerit lagi sambil jentik pacat yang banyak tue. Nasib baikla maksu aku tolong buang sama. Rasa lemah semangat & nak pengsan pun ada. Dah siap nangis-nangis dah. Huhu. Kalau sesapa penah kena tau lah rasa dia camna, sebelum nie aku tak geli pun dengan pacat.
Lepas jer kejadian tue, aku tengok sekor pacat pun dah jerit-jerit geli. Dan lepas pada tue aku tak turun ke bendang lagi coz tak lalu & loya tengok pacat, bukan penyegan k sampaila sekarang. Sebelum tue banyak kali jugalah aku turun bendang tolong tok & tokwan aku, tak kisahlah menanam ke, mengerat ke dll keja bendang tapi memukul padi aku tak pernahla sebab yang tue keja orang lelaki, lagipun masa tue aku kecik lagi, mana larat, nanti naik plak muscle aku. Hehe.
Selepas pada tue, kalau bendang kering jer aku berani turun. Dulu lepas mengerat, batang-batang padi akan dibakar dan bendang dah jadi padang bola sepak. Anak muda petang-petang akan turun bermain bola, tapi sekarang padi di tuai guna mesin padi, tanah jadi begulung-gulung dan tak cantik bila kering dan tak boleh buat padang bola lagi. So, dah tak boleh main dalam bendang lagi lepas musim menuai atau mengerat. Tuelah sebab nape kalau orang ajak aku pegi mana-mana tempat yang kemungkinan ada pacat mesti aku tak nak g. Hehe.
So *mr*, ko pernah g ke bendang n rasa pacat banyak di kaki??? Mesti tak pernah rasa apa yang kurasakan…..So, jangan pandang orang ngan muka tak puas hati ja n perlekeh sambil gelak-gelakkan orang. Aku tak suka & tak baik k. Sekian.

Monday, June 20, 2011

Tujuh Sunnah Rasul

Time nie tetiba jer nak berkongsi ilmu dari emel memberku. Sekadar renungan bersama..Semoga kita semua diberkati selalu..Amin..Entry di bawah perihal 7 sunnah rasul yang patut kita contohi untuk keselamatan dan kebahagian di akhirat sana..InsyaAllah..



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Kelebihan Bulan Rejab


Assalamualaikum W.B.T.
Sedar tak sedar arini Isnin, 20 Jun 2011 bersamaan dengan 18 Rejab 1432H..Dan beberapa bulan je lagi kita akan melangkah ke bulan Syaaban dan seterusnya bulan yang ditunggu-tunggu untuk melipatkan gandakan ibadat iaitu Ramadhan Al-Mubarak..Bulan penuh keberkatan.. Info di bawah ni aku dapat dari emel kengkawan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.. Kesahihannya tak dapat pulak dipastikan tapi apapun tak salah kiranya jika kita membuat amalan sunat terutamanya puasa di bulan Rejab & Syaaban untuk mendapatkan pahala lebih. Kepada yang belum habis menggantikan puasa cepat-cepatla ganti kerana tinggal tak berapa hari jer lagi. Jom kongsi artikel di bawah.. Semoga niat kita yang ikhlas dinilai oleh Allah S.W.T.. InsyaAllah..



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".( dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga) , seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



Thursday, June 2, 2011

Belajar Berenang


Sejak dua menjak nie, majalah solusi selalu menjadi peneman aku dikala sunyi. Banyak ilmu dunia akhirat yang berguna di dalamnya yang boleh dikongsikan bersama. Dan ruangan yang paling aku suka semestinya di mukasurat belakang sekali iaitu AnggukGeleng. Di sini nak share citer tentang seorang budak yang baru nak belajar berenang. Mungkin sedikit sebanyak ada kena mengena dengan hidup kita sehari-hari. Mana yang baik kita ambil, yang buruk kita buangkan dia. Ceritanya bermula….

Telah tamat sepuluh buku mengenai berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu sehinggalah berenang dengan gaya bebas.
            Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang!
            “Kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca daripada buku,” nasihat seorang temannya.
            “Baiklah. Mulai esok aku akan berguru.”
“Mula-mula kita belajar mengapungkan diri,” kata guru yang mengajarnya.
“Baik. Kemudian?”
“Julurkan tangan kanan kehadapan dan tarik ke belakang dan sebelum tangan itu sampai ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tangan kanan tadi . Lakukan berulang-ulang.”
“Kedudukan kaki bagaimana?’
“Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan’” kata guru itu.
“Perut, dada dan kepala bagaimana?”
Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya.
“Susah betul mengajar anak murid yang satu ni,” keluhnya.
Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar.
“Engkau belajar sahajalah dengan guru saya,” katanya.
“Wah, tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kekusutan ini,” bisiknya.
Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang.
Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya, guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.
“Tolong, tolong! Saya tidak pandai berenang!
Guru itu cuma melihatnya dengan selamba.
Murid tersebut tenggelam timbul dalam kolam. Dia mula panik dan begitu takut. Tetapi dalam keadaan terdesak itu, dia ingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakan mengikut apa yang telah dipelajari. Dia benar-benar terdesak. Akhirnya, tanpa dia sendiri menduga…. Badannya terapung dan dia sudah mula berenang!

Pengajaran: Cara belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman, ilmu perlu diamalkan. Setelah diamalkan barulah apa yang dipelajari dapat dialami. Pengalaman itulah guru yang terbaik.

Sumber: Solusi Isu No.30