Tuesday, July 31, 2012

Cerita Teladan


 Bismillahhirrahmanirrahim

Setiap orang mempunyai kemahiran atau potensi diri yang tersendiri. Jangan memperkecilkan bakat seseorang kerana setiap orang adalah berbeza. Hanya Allah yang layak menilai. Cerita nie dikongsi dari majalah Solusi yang banyak mengajar aku erti hidup selama ini..Moga dapat mengambil pelajaran dari kisah tesebut.
 
Professor dengan Pendayung Sampan

Suatu masa, seorang professor hendak menyeberang sebatang sugai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pedayung sampan: “Kamu pandai menulis dan membaca?”

“Err…er… Tidak. Saya buta huruf,” jawab pedayung sampan.

“ Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.”
Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi: “ Kamu ada menyimpan wang dalam bank?”

“Err…er… Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,” jawab pendayung sampan lagi.
“Kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti.”

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada professor: “Tuan pandai berenang:”

“Eh…eh….saya tidak pandai berenang,” jawab professor dengan nada yang panic.

“Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”



Pengajarannya, jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. Mugkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.

Sumber: Solusi No.46

No comments:

Post a Comment