Showing posts with label Renungkanlah Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungkanlah Bersama. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Belajar Berenang


Sejak dua menjak nie, majalah solusi selalu menjadi peneman aku dikala sunyi. Banyak ilmu dunia akhirat yang berguna di dalamnya yang boleh dikongsikan bersama. Dan ruangan yang paling aku suka semestinya di mukasurat belakang sekali iaitu AnggukGeleng. Di sini nak share citer tentang seorang budak yang baru nak belajar berenang. Mungkin sedikit sebanyak ada kena mengena dengan hidup kita sehari-hari. Mana yang baik kita ambil, yang buruk kita buangkan dia. Ceritanya bermula….

Telah tamat sepuluh buku mengenai berenang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu sehinggalah berenang dengan gaya bebas.
            Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang!
            “Kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca daripada buku,” nasihat seorang temannya.
            “Baiklah. Mulai esok aku akan berguru.”
“Mula-mula kita belajar mengapungkan diri,” kata guru yang mengajarnya.
“Baik. Kemudian?”
“Julurkan tangan kanan kehadapan dan tarik ke belakang dan sebelum tangan itu sampai ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tangan kanan tadi . Lakukan berulang-ulang.”
“Kedudukan kaki bagaimana?’
“Kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan’” kata guru itu.
“Perut, dada dan kepala bagaimana?”
Agak berbuih mulut gurunya memberi penerangan tetapi anak murid itu terus juga bertanya dan bertanya.
“Susah betul mengajar anak murid yang satu ni,” keluhnya.
Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar.
“Engkau belajar sahajalah dengan guru saya,” katanya.
“Wah, tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kekusutan ini,” bisiknya.
Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang.
Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya, guru tersebut terus menolak murid itu ke dalam kolam.
“Tolong, tolong! Saya tidak pandai berenang!
Guru itu cuma melihatnya dengan selamba.
Murid tersebut tenggelam timbul dalam kolam. Dia mula panik dan begitu takut. Tetapi dalam keadaan terdesak itu, dia ingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakan mengikut apa yang telah dipelajari. Dia benar-benar terdesak. Akhirnya, tanpa dia sendiri menduga…. Badannya terapung dan dia sudah mula berenang!

Pengajaran: Cara belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman, ilmu perlu diamalkan. Setelah diamalkan barulah apa yang dipelajari dapat dialami. Pengalaman itulah guru yang terbaik.

Sumber: Solusi Isu No.30


Thursday, February 10, 2011

Kehebatan Membaca Bismillah

   KELEBIHAN-KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH




1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah Kehebatannya. "

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
 

 


So rajin-rajinla membaca Bismillah kerana terkandung banyak hikmah disebalik ayat tersebut...

Air Sembahyang

Hari-hari kita ambil air sembahyang atau wuduk untuk menunaikan solat. Tapi tahukah kita apakah hikmah disebalik wuduk tersebut. Sama-samalah kita renungkan bersama. 
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Monday, January 31, 2011

Rahsia Memotong Kuku

Hari Isnin yang hening dek nak menyambut hari wilayah dan Tahun Baru Cina nie nak kongsila sedikit info tentang hari-hari yg elok untuk mengerat kuku.. Semoga ada kebaikan untuk kita kongsikan bersama.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Adab Potong Kuku