Friday, July 8, 2011

Syukur Alhamdulillah

Arini tanggal 8 Julai 2011, Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia nie aku masih menikmati keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Masih merasai nikmat kesihatan dan keselamatan sehingga ke hari ini. Semoga ulangtahun kelahiran nie lebih mematangkan hidup ni, lebih tabah & kuat semangat dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, moga diluaskan rezeki selalu, moga diberi cahaya petunjuk dalam menuju jalan kebaikan, moga diberi kemantapan iman, moga kuat melawan nafsu godaan syaitan, moga dipermudahkan segala jalan menuju jalan MU Tuhan & semoga dipertemukan jodoh dengan orang yang beriman dan bertanggungjawab. Amin..
Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri. Umur hanya angka, tidak bermakna apa-apa. Yang lebih penting apa yang telah kita lakukan dengan umur kita. Samada menambah keimanan di dada atau tak sedar dengan dosa yang telah kita tempa.. Harapan untuk muhasabah diri semoga ada cahaya menanti di sana. Amin.

No comments:

Post a Comment