Wednesday, February 22, 2012

Dunia Baru

Alhamdulillah. Lama benar tak post sesuatu kat blog nie, risau gak kalau dah hilang account. semuanya bermula balik bila teringat balik si adik jaja yag telah berpindah nun di selatan. aku plak tercampak kat kawasan orang asli di Gombak nie. Kehidupan kampung dan desa lebih kurang buatkan ianya jauh dari kesibukan kota. kalau nak cari ketenangan agak sesuai gak ke sini. Kat cni aku menggalas tugas baru yang tak pernah terpikir dek akal selama nie, ada 2 orang jer gred J buat aku terkapai-kapai dan hampir-hampir tenggelam. Nasib baik ramai yang sudi menghulurkan tangan dan memberi bantuan. Banyak sangat komitmen dan tanggungjawab yang perlu di galas. agak mencabar dan sebenarnya agak tertekan, tapi kata-kata semangat kwn2 buat aku kembali memikirkan mengapa aku ditempatkan di sini.  Alhamdulillah, di sini juga aku menemui cinta yang baru. Cinta  lama sebenarnya. Cinta pertamaku, tetapi kami terpisah hampir 12 tahun lamanya. Benarlah, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Aku amat bersyukur padamu Tuhan mempertemukan kami kembali. Aku harap ada sinar bahagia selepas nie. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment